Isnin, Disember 03, 2007

Pelbagai Bentuk & Warna Bunga Raya.

Terdapat kira-kira 200 - 220 jenis pokok bunga raya seluruh dunia. Bunga raya merupakan jenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan.

Kembar tak seiras.

Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuh Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai bunga kebangsaan.

Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut disebahagian India.

4 comments:

NedDy berkata...

CANTIK BETUL GAMBAR2 NI.

Tanpa Nama berkata...

tengok gambar-gambar ni, cam tergerak hati nak kumpul semua spesis bunga raya ni...

Gadis klang berkata...

cantik dan unik sangat bunga kebangsaan kita tiada tandingan dgn bunga2 lain .

Tanpa Nama berkata...

saya mmg kumpul spesis bunga raya. tapi belum ada warna merah terang and ungu

Catat Ulasan