Isnin, Oktober 29, 2007

Air terjun di Malaysia.


Air Terjun Lata Kijang Jatuh, Jelebu, Negeri Sembilan.

Lata Kijang Jatuh merupakan antara air terjun terjunan tunggal tertinggi di Malaysia. Ia terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Air terjun ini sering dikunjungi oleh para pencinta alam yang telah atau sedang mendaki Gunung Besar Hantu.





Air Terjun Titi Kerawang, Pulau Pinang.

Terletak diantara Teluk Bahang dan Balik Pulau. Sangat popular ketika hujung minggu di kalangan pelancong luar dan penduduk tempatan.























Air Terjun Siong, Selangor.


Terletak berhampiran sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.
















Air Terjun Bukit Ayer, Perlis.

Hutan rekreasi semulajadi. uniknya air terjun disini, Dasar air terjunnya adalah tanah merah/liat bukan batuan.





Hutan Rekreasi Bukit Hijau, Kulim, Kedah.

Bukit Hijau merupakan destinasi eko-pelancongan yang menarik. Terletak 54 km dari Kulim, Kedah ia menjadi kebanggaan tempat simpanan hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Ia juga dianugerahi dengan sebuah air terjun unik 7-tingkat, hanya satu-satunya yang terdapat dalam dunia dengan mengalirkan air yang jernih, dingin lagi menyegarkan.














Lata Kinjang, Tapah, Perak.

Lata Kinjang terletak kira-kira 18 km dari Tapah. Daya tarikan yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu.



0 comments:

Catat Ulasan